Ciri-Ciri IOI City Mall

IOI City Mall mempunyai kira-kira 2,500,000 ka2 (230,000 m2) keluasan runcit dengan lebih daripada 650 kedai yang menyasarkan penduduk di selatan Lembah Klang.

Fasa 1 IOI City Mall dibuka pada November 2014 dengan keluasan 1,500,000 ka2 (140,000 m2) dan 350 lot kedai seperti gedung Parkson, pasar raya Lotus's (sebelumnya dikenali sebagai Tesco), jenama fesyen terkemuka seperti Adidas, Cotton:On, H&M, Victoria's Secret dan Charles & Keith, variasi kedai makanan dan minuman dari makanan segera seperti KFC, Marrybrown, dan McDonald's hingga ke restoran dan kafe dikenali ramai seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Kyochon, K Fry dan banyak lagi, serta kedai kelengkapan rumah seperti HomePro dan Harvey Norman. Fasa 1 IOI City Mall turut menyediakan taman rekreasi lasak bertema pasca apokaliptik District 21, gelanggang luncur ais Icescape, taman haiwan & edutainment IOI City Farm dan pawagam Golden Screen Cinemas dengan dewan GSC Maxx dan4DX.

Fasa 2 IOI City Mall dibuka pada Ogos 2022 menambah keluasan 1,000,000 ka2 (93,000 m2) dan 300 kedai baru termasuk gedung AEON, jenama Jepun seperti Nitori, Best Denki dan Jonetz by Don Don Donki, jenama fesyen mewah seperti Coach New York dan Tory Burch, restoran dan kafe terbaharu seperti Kenny Hills Bakers, Din by Din Tai Fung dan banyak lagi, pusat gimnasium Believe Fitness, dewan sukan badminton dan futsal IOI Sports Centre, dewan pameran IOI Grand, pameran premium Proton, dan cawangan pawagam Golden Screen Cinemas dengan dewan IMAX.